BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, May 27, 2011

khik khik apahal siPangkor mari..melalak ..bila jiran jauh berbicara..?

Dey thambi kutty..lu ada ingat ke..macam mana lu jadi MB...jangan jadi Mamak Mudah Lupa..woooi..lu ada berani kalu apa hal tak bubar hari itu bila semua orang tuduh lu masuk ikut Pintu Jamban..??why why why..?

Zambry selar Guan Eng


IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri yang tidak perlu dibubarkan setelah pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

Zambry berkata, masalah sedemikian tidak pernah timbul sebelum ini dan semua negeri termasuk Kelantan akur dengan pembubaran tersebut tanpa sebarang masalah selain tidak pernah membincangkan mengenai perkara tersebut.

Menurut Zambry, kenyataan Guan Eng itu yang dibuat secara tiba-tiba dilihat sebagai sesuatu yang agak menghairankan.

“Persoalan saya, kenapa tiba-tiba dia buat kenyataan? Mereka tahu dan seperti yang lain mereka juga membaca dan mungkin kali ini mereka yakin mereka tak boleh menang (pada PRU 13).

“Mereka juga berkata ‘this should be the time’ berdasarkan kenaikan harga barang. Maka ikutlah, (jika pembubaran Parlimen dibuat).

“Tapi bagi konsep kita, kita akan bersedia pada bila-bila masa jika PRU diumumkan kerana apa yang penting bagi saya ialah teruskan berkhidmat untuk rakyat daripada bercakap soal lain.

“Bagi saya, kenyataan itu hanyalah untuk sedapkan hati biarpun hati sudah haru-biru,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Sementara itu, Zambry berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) mampu untuk memenangi 33 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagaimana yang tersiar dalam akhbar tempatan semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails