yaaa dah tentu..tapi kepalanya ..terus kepala besar...bukan setakat dalam Bola..tapi semua urusan negara...itu sebenarnya KEPALA RASUAH yang perlu dihapuskan...SELAMAT 1 MALAYSIA...?sooo siapa orang itu..?
Ada ekor, tentu ada kepalanya'
PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memandang serius laporan mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan pegawai dan pemain skuad bola sepak kempen Piala Presiden Negeri Sembilan dengan menuntut siasatan dilakukan sehingga dalang komplot itu ditangkap.
"Kita mesti lihat punca kejadian ini, pada saya jika ada ekornya mesti ada kepalanya, jadi tidak guna hanya mengejar ekor sahaja sebaliknya kepala atau dalang kegiatan ini terlepas,'' tegas beliau pada pemberita selepas perasmian Program Y Avenue sempena Hari Belia Negara 2011 di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan tindakan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis selepas memperoleh bukti mengenai komplot pegawai dan pemain khususnya skuad Piala Presiden negeri itu mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.
No comments:
Post a Comment