BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, May 18, 2011

IBRAHIM ALI:MEMANG SALAH..SEBAB PANDANG KAU SERONG..!

SELAMA INI YANG PERMAINKAN AGAMA ISLAM KAU TAK NAMPAK SIAPA PENGARAH SEBENARNYA..SIAPA YANG PERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI KAU TAK NAMPAK..NAK SALAHKAN KRISTIAN KENAPA..WAHAI KATAK TUA..?KALAU KAU BERI INGATAN KEPADA UMNO DAN MEMBER TUANYA ADA JUGA PATUT...DAH TERLALU BANYAK SANGAT UMNO PERTIKAI ISLAM DALAM BERBAGAI ACARA DENGAN AGENDA MEREKA UNTUK MENARIK SOKONGAN DAN MENUGUT RAKYAT YANG TAK MENYOKONG MEREKA..YANG INI MATA KATAK KAU TAK NAMPAK..MEMANG KAU CILAKO BESAR WAHAI IBRAHIM KATAK TUA...DENGAN TINDAKAN MACAM INI KALAU KAU NAK LANCARKAN JIHAD PEGI MAMUS KAU SEORANG AJELE...ELOK PUN KAU AKAN DIGELAR "IBRAHIM MAMPUS KATAK"..

Jihad: Salahkah saya beri ingatan, kata Ibrahim pertahan kenyataan

May 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan bersedia mengadakan perang jihad ke atas Kristian, yang dibuatnya minggu lalu, adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili keseluruhan masyarakat Melayu negara ini.

Ibrahim berkata, kenyataan itu merupakan satu mesej daripadanya kepada pihak yang selama ini mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan agar menghentikan segera perbuatan mereka itu.

Katanya, beliau tidak berniat menimbulkan rasa tidak hormat kepada agama lain tetapi kenyataannya semata-mata mahu mempertahankan kedaulatan agama Islam yang sebelum ini telah diganggu gugat oleh pihak tertentu.

“Saya berceramah di Kampung Changkat, Gombak dua hari lalu dan saya akui apa yang saya kata iaitu kalau posisi dominan dan kedaulatan Islam serta kedudukan orang Melayu terus diganggu gugat, saya bersedia berjihad ke jalan Allah.

“Mesej saya adalah supaya mereka hentikan melakukan perbuatan yang tidak patut itu. Bukan bererti saya nak menimbulkan atau tidak menghormati lain-lain kaum atau agama,” kata dipetik Utusan Malaysia, selepas mengadakan perhimpunan secara aman bertujuan menerangkan isu jihad yang disertai kira-kira 500 ahli Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam.

Ibrahim (gambar) berkata, beliau bertindak sedemikian selepas timbul cerita tuntutan paderi di akhbar Utusan Malaysia yang kemudian dikecam oleh pelbagai pihak di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa tindakannya itu sebagai satu langkah awal untuk mengingatkan kepada orang ramai agar tidak lagi menyebut atau menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama.

“Saya buat kenyataan ini hanya apabila seorang ahli DAP yang hadir (pada majlis itu) membuat laporan polis dan selepas membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di akhbar yang mengatakan laporan Utusan Malaysia itu ada asasnya.

“Jadi salahkah apabila saya mengaitkan perkara ini untuk sekadar mengingatkan. Lainlah kalau saya mencetuskan sesuatu yang tidak ada. Memang saya patut dianggap salah atau patut diambil tindakan.

“Saya sedar apa yang saya kata dan bertanggungjawab dengan kenyataan yang saya buat kerana saya tahu ia untuk kebaikan negara dan rakyat serta keselamatan negara,” katanya.

Ekoran kenyataan Ibrahim banyak pihak - pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menggesa kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

Antaranya, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

“Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional,” kata beliau.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain.

Dalam ceramah hujung minggu lalu, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan,” katanya.

Dalam reaksinya Ahad lalu, Hishammuddin berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails