BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, May 19, 2011

"sultan" dicekup.syaitan Lucah didepan mata bebas...kenapa..?

SYABAS POLIS, NAHAS AKJAN!




Share

Oleh: MUTALIB M.D

KEJAYAAN Kontigen Polis Sabah memberkas ‘Sultan Sulu’, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim II yang selama ini bersembunyi di dalam istananya di Likas, membuktikan kesungguhan PDRM membanteras kegiatan keganasan, subversif dan penderhakaan kepada DYMM Yang Di Pertua Agong.

Malam tadi, saya telah memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Sabah berhubung ‘Pertabalan Akjan’ sebagai ‘Sultan Sulu’ dan difahamkan sebagai orang yang ke 19 memberi keterangan, apatah lagi difahamkan saya sebagai saksi utama kes berkenaan; kerana Sabahkini.net yang mula sekali menyiarkan isu tersebut sebelum dimuat turun oleh akhbar tempatan dan dijadikan isu politik oleh pemimpin politik Sabah.

Memandangkan Akjan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, maka saya tidak dapat membuat sebarang komen kerana bimbang akan menyebabkan subjudis kepada kes berkenaan.

Untuk makluman, Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ), ialah suatu penahanan yang membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh polis dan memberikan kuasa kepada pihak penguatkuasa untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas suspek tersebut dengan alasan siasatan masih tidak sempurna dan memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan pihak penguatkuasa.

Di bawah Seksyen 117 (3) KAJ, pihak Majistret mempunyai kuasa bagi membenarkan satu perintah penahanan reman dibuat ke atas saspek sehingga 14 hari.

Polis mengambil tindakan menahan Akjan untuk membantu mereka menjalankan siasatan ekoran beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya selepas majlis pertabalannya sebagai Sultan Sulu ke 33 di hadapan 60 orang tetamu pada 2 Februari 2011 di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Dengan ‘pertabalan’ berkenaan yang dilakukan di negara Malaysia, Akjan didakwa di bawah Seksyen 130 C Kanun Keseksaan iaitu melakukan ‘Keganasan’, jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara dan boleh didenda.

Ramai berpendapat bahawa inilah masanya Akjan menunjukkan ‘Anak Jantan’ dengan mengaku bahawa ‘Pertabalannya’ sebagai Sultan Sulu adalah ‘SAH’ dan bukannya olok-olok jika benar beliau telah memfailkan permohonan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda untuk menuntut ‘takhta dan harta’ di Sabah.

Kemelut lebih 800,000 warga terapung Sulu (tanpa dokumen) yang berada di Sabah mungkin boleh diselesaikan jika Akjan menyerahkan kerakyatan Malaysia yang didapati secara tidak sah untuk menjadi ‘Sultan Sulu’ sebenar jika beliau mempunyai ‘darah diraja’.

Perjuangan untuk mendapatkan kembali Mahkota Kerajaan Sulu mungkin menjadi realiti jika Akjan diberi ‘Suaka Politik’ oleh Arab Saudi atau Libya bagi menubuhkan ‘Kerajaan Dalam Buangan’ dan dalam masa yang sama menuntut kembali ‘rakyatnya’ yang menjadi ibu segala masalah kepada Sabah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails