BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, May 17, 2011

Hi Hadi ..kekal sebagai Presiden..utk penggal kelima


mesti ramai yang tak puas hati..hi hi hi...tapi apa pun sebagai ahli pas eloknya akur dengan keputusan ..jangan banyak sangat komen yang bukan bukan....tapi kalau dah memang otak taik umno..akan komen le ikut sedap hati.......

Sah Hadi kekal presiden, enam layak tanding No 2

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rasmi mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden pada pemilihan parti itu awal bulan depan.

Hadi kekal mempertahankan jawatan itu kerana tiada calon lain yang layak untuk bertanding bagi jawatan itu selepas 180 kawasan selesai mengadakan mesyuarat kelmarin.

Bagaimanapun dari 180 kawasan itu, jawatankuasa pemilihan hanya menerima borang pencalonan dari 152 kawasan dan daripada jumlah itu enam borang pencalonan ditolak kerana tidak lengkap.

Ketika mengumumkan senarai rasmi pencalonan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bagi jawatan timbalan presiden enam calon layak untuk memegang jawatan itu.

Mereka ialah Mohamad Sabu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Nasharudin, penyandang jawatan dan Mohamad setakat ini telah mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua itu.

Bagi jawatan naib presiden PAS pula 14 orang layak bertanding iaitu Azizan; Husam; Salahuddin; Nasharudin; Salahuddin; Tuan Ibrahim; Idris Ahmad; Datuk Mahfuz Omar; Mazlan Aliman; Datuk Mohd Amar Abdullah; Dr Mohd Hata Ramli; Dr Mujahid Yusof Rawa; Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Dalam pada itu, bagi kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat seramai 82 orang layak bertanding.

Mereka ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Samsuddin, Abdul Halim, Dr Abdul Rani Osman, Abdul Wahid Endut, Datuk Abu Bakar Chik, Abu Bakar Hussein, Adly Zahari, Ahmad Sabki Yusof, Aiman Athirah Al-Jundi, Amiruddin Hamzah, Datuk Anuar Tan Abdullah, Asmuni Awi, Azizan dan Azman Shapawi Abd Rani.

Turut layak Dr Halimah Ali, Hamzah Abdullah, Hamzah Jaafar, Hanipa Maidin, Hashim Jasin, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Hayati Othman, Husam, Idris, Iskandar Abdul Samad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr Khairuddin Abdul Malik, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali.

Selain itu, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Mahfuz, Mazlan, Misbahul Munir Masduki, Mohamad Nor Mohamad, Mohama, Mohd Anuar Tahir, Mohd Apandi Mohamed, Mohd Firdaus Jaafar, Mohd Hatta, Mohd Nasir Mustafa, Mohd Nasir Zakaria, Nizar, Mujahid, Mumtaz Mohd Nawi, Mustafa, Dr Najhatussolehah Ahmad, Nasharudin, Datuk Nasuruddin Daud, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Amar, Nik Zawawi, Norazli Musa, Normala Sudirman, Nuridah Salleh, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Razman Zakaria dan Riduan Mohd Nor turut layak untuk bertanding.

Sementara itu, Rosidi Hussin, Sa’ari Sungib, Salahuddin, Salleh Man, Sallehen Mukhyi, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Mohd Yusof, Suhaizan Kaiat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, Datuk Takiyuddin Hassan, Taufek Ghani, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Wan Hasrina Wan Salleh, Wan Nik Wan Yusof, Wan Ubaidah Wan Omar, Yusof Embong, Zainuddin Yusof, Zaki Ibrahim, Zulkefly Muhamad Omar dan Zulkifly Ahmad turut tercalon bagi jawatan itu.

Hanya 18 kerusi diperuntukkan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat.

Bagaimanapun Abdul Halim berkata pihaknya tidak mahu mendedahkan jumlah yang diperoleh setiap calon.

“Kita tidak umum ... kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon),” katanya.

Menurut Abdul Halim, jawatankuasa pemilihan akan menghantar surat rasmi pencalonan kepada calon yang layak untuk bertanding bagi jawatan masing-masing.

Jelas beliau, calon yang layak harus membalas surat tersebut sebelum 26 Mei itu.

Selain surat, calon juga boleh memaklumkan jawatankuasa pemilihan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui faks, katanya.

“Kami (jawatankuasa pemilihan) akan menghantar surat kepada semua calon yang telah disenaraikan sama ada mereka menerima tawaran untuk bertanding atau menolaknya.

“Jika surat maklum balas daripada calon tidak diterima jawatankuasa sehingga 26 Mei ini, secara automatiknya, mereka dikira menolak dan tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini,” kata Abdul Halim.

Selain itu, jelas beliau, calon yang layak tidak boleh memberikan alasan tidak tahu mengenai pencalonan yang diterima kerana selain menghantar surat perkara itu turut dihebahkan melalui media termasuk media rasmi PAS.

Sementara itu, Mustafa berkata parti itu tidak menetapkan garis panduan untuk calon berkempen.

Namun tegas beliau, kebiasaannya mana-mana calon yang berkempen secara berlebihan peluang untuk menang sukar.

“Kita tiada peraturan (kempen), kita memang tidak ada.

“Jika berkempen secara berlebihan, ini menyebabkan perwakilan tidak senang,” katanya.

Seramai 1,100 perwakilan akan membuat keputusan dan memilihan barisan kepimpinan PAS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails