hi hih i..selepas semua cara dan usaha menemui kegagalan..sekaran ROS dijadikan alat atau talian hayat ..untuk teruskan agenda jahat UMNOBN..hi hi..andai terpijak juga Jerangkap Samar..apa kiranya ahli ahli PKR masuk aje PAS atau DAP..akan bertambah Kuat dan Teguh..bertambah meroyan UMNOBN...!
PKR terima surat batalkan pendaftarannya
PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.PKR terima surat batalkan pendaftarannya
TV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.
“Saya dimaklumkan RoS (Pendaftar Pertubuhan) sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.
Menurut beliau berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.
PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.
Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.
Sejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu.
PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.
No comments:
Post a Comment