BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, May 20, 2011

Siapa Bohong siapa Palsu...?

jawapan MUKTAMAD...tunggu diakhirat kelak...dimasa itu bukan mana-mana raja yang menjadi saksi..tetapi seluruh anggota badan dan seluruh yang terlibat akan menjadi saksi...siapa Raja,Apa tugas raja,dimana kuasa yang diamanahkan ,bagaimana kuasa itu digunakan....ha ha ha masa itu kami sebagai rakyat Perak akan menjadi saksi....

Noor Jan waris palsu


RAJA ROZLAN (kiri) dan Raja Omar Ikram (tengah) pada sidang akhbar mengenai jurai keturunan Raja Noor Jan di Ipoh semalam.


IPOH – Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam buat pertama kali meminta Raja Noor Jan Shah Raja Tuah supaya berhenti daripada membuat dakwaan bahawa beliau ialah pewaris Kesultanan Melaka dan Perak kerana dakwaan yang dibuat tidak berasas sama sekali.

Yang Dipertua PWKNP, Raja Rozlan Raja Yaacob berkata, Raja Noor Jan seharusnya menghentikan segera tindakan menjaja cerita kononnya dia mempunyai salasilah Kesultanan Perak dengan mendakwa datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.

Menurutnya, dakwaan Raja Noor Jan itu tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British jelas menunjukkan Sultan Abdullah Mohammad I tidak mempunyai anakanda bernama Raja Alang Abdul Rahman. Sebaliknya menurut Raja Rozlan, Raja Alang Abdul Rahman tidak wujud kerana anakanda Sultan Perak ke-22 ialah Raja Pandak Abdul Rahman. “Mana mungkin seorang bapa (Sultan Abdullah Mohammad I) akan menamakan dua anak lelakinya menggunakan nama yang sama dan Raja Alang. “Apa yang pasti, Raja Alang Abdul Rahman itu tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails