BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, May 10, 2011

setakat KP Mic cawangan pun terlibat dengan rasuah..

belum lagi bahagian ,negeri dan Pusat...dah tentu lebih hebat dan besar rasuah mereka...selagi BN kuat selagi Rasuah melaut dalamkalangan Mereka..

Ketua pemuda MIC cawangan didakwa rasuah
Ketua Pemuda MIC Cawangan Kampung Tunku Putra, Padang Serai, Kulim, I Sathananthan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM4,500 pada Disember 2009.

Sathananthan didakwa menerima suapan itu daripada pemilik premis hiburan Win Night Pub & Cafe, Yeoh Aik Cheong sebagai dorongan supaya premis tersebut tidak diganggu oleh polis Bukit Aman kerana dikatakan beroperasi tanpa lesen.

Tertuduh yang menetap di Kampung Tunku Putra, Jalan Kilang Lama Kulim, Kedah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zairan Aman.

Sathananthan, 39, didakwa menerima suapan tersebut daripada Yeoh pada 10 Dis, 2009 di Restoran Nasi Kandar Mutiara Tanjung, Jalan Kulim, Machang Bubok, dekat Butterworth.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang jika bersabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kedah, Iznina Hanim Hashim manakala Sathananthan tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Iznina Hanim memohon mahkamah supaya tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sathananthan bagaimanapun memohon kepada mahkamah supaya jumlah tersebut dikurangkan memandangkan dia sudah menyerahkan RM2,000 kepada SPRM sebagai jaminan untuk hadir ke mahkamah.

Mohd Zairan kemudiannya memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails