BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, May 12, 2011

Bekas Kera pun tidak setuju dengan siAnjing Besar..


PEMGAMPU DAN PEMFITNAH MENJADI ANAKMAS..PIMPINAN DAN KERA JAAN...sooo kalau ada sesiapa pun tak kira dari pihak pemerentah atau pembangkang yang tak suka dgn tindakan sipenabur fitnah ..nak boleh buat apa..?

Dakwaan Bigdog konspirasi Kristian tindakan melulu, kata Khairy

May 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas penulis blog “Bigdog” sambi menyifatkan dakwaan yang dibuat kononnya wujud konspirasi mahu melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama Kristian sebagai “terlalu melulu.”

Blog pro-Umno milik Zakhir Mohamad itu disifatkan Khairy sebaga satu tuduhan yang “luar biasa dan sangsi” tanpa “mempunyai apa-apa bukti.”

“Apa yang dia ada hanya gambar dan apa yang dia tulis dalam blognya. Ia adalah amat tidak bertanggungjawab dan melulu. Dia adalah seorang yang sangat teruk,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas mengecam tindakan Zakhir melalui Twitter.

“Jangan terlalu sombong 'Fat Dog'. Jika anda salah anda akan dikenakan hukuman berat.

“Saya rasa kalau anda dibuktikan bersalah anda akan didakwa kerana menyebarkan laporan palsu dan hasutan. Berani buat berani tanggung,” tulis Khairy dalam Twitter.

Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, semalam Zakhir dalam entri terbaru di blognya mempertahankan laporannya dengan berkata “apa yang perlu dikekalkan adalah janji paderi-paderi yang mahu melantik perdana menteri Kristian dan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.”

Dia berkata paderi-paderi itu berdoa agar perdana menteri dilantik tanpa mengira latar belakang agama.

“Sudah tentu, mereka telah melakukan perkara ini secara terang-terangan untuk menyingkirkan hak kaum majoriti, siapa orang Melayu Islam yang gembira dengan perkara ini,” tulis Zakhir.

Dia juga memberi respons terhadap Khairy dengan berkata “ini bukan mengenai sombong. Hanya menyatakan fakta. Siasatan masih berjalan. Apa yang pasti polis belum menyiasat mereka yang hadir.”

Khairy membalas dengan berkata polis telah mengambil keterangan pada Selasa.

“Anjing, anda telah buktikan anda seorang penipu dalam Twitter. Saya cadangkan anda hentikan sebarkan laporan palsu, pergi ke The Loaf, pesan makanan dan sedut semua,” katanya dengan merujuk kepada fizikal Zakhir.

Beliau juga berkata Zakhir sepatutnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai mana yang disarankan sesetangah pihak.

Minggu lalu Zakhir dalam entrinya bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN), beberapa blog pro-Umno dan kumpulan Kristian.

Beberapa laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog itu.

Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian hari ini ekoran laporan media bahawa komuniti Kristian mahu menggantikan Islam sebagai agama rasmi selepas kontroversi kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

awat bubuh nama anjing besar, bubuh la nama lain yang baik sikit . Kan anjing menyalak tengah malam tanda nampak setan. Allah hu Akbar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails