BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, May 28, 2011

khik khik dah terdesak sangat le tu..

kembali lah semula supaya ditipu lagi dan lagi...awatnya ingat semua ahli UMNO otak lembu ke woooi..sekali sekala Lembu mengamuk terburai perut buncit hangpa..jgn lupa..

Merajuk, kecil hati kembalilah semula

Posted by admin on May 27th, 2011

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi (gambar) meminta ahli UMNO yang rasa terpinggir ataupun yang merajuk dengan parti melupakan kisah silam dan kembali untuk membantu menjayakan proses transformasi politik dan kerajaan yang sedang dijalankan.

Jelas beliau tenaga mereka diperlukan bagi membantu dan menyokong Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO yang sedang bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini hari ini.

Tambahnya lagi Perdana Menteri mempunyai pendekatan yang berbeza dengan pemimpin terdahulu, dan kerana itu ahli yang rasa terpinggir, tidak dikehendaki, merajuk dengan parti atau pernah digantung, selain yang keluar parti dan menyertai pembangkang, patut kembali kepada UMNO.

“Ada juga daripada mereka kecil hati tidak terpilih sebagai calon. Selepas kalah pada pilihan raya umum 2008 di Perak di mana UMNO kalah tujuh kerusi, kita buat kajian dan didapati 100 peratus disebabkan rasa tidak puas hati ahli UMNO. Ada yang sabotaj,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails