tak ku tuding siapa silap..tapi satu lagi trajedi..dimana kehebatan manusia manusia yang mengaku hebat ,kaya dan pandai..menjadi terlalu sombong..tetapi cuba baca dan hayati berita dibawah ini..apa hebatnya kita tanpa perlindungan Illahi..?dimana kita dan siapa kita..tanpa ilmu dan pedomen dari Illahi...?
nak hadiri upacara pengebumian saudaranya tetapi diri sendiri membawa seorang ahli keluarga yang bakal menjadi ahli kubur..dan tiada sebarang isyarat atau pengetahuan untuk diri beliau tentang kejadian yang bakal beliau lalui....apa hebatnya manusia?...renung renungkan..Budak lemas dalam kereta bapa
|
|
TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.
Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.
Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.
Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.
No comments:
Post a Comment