BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, May 14, 2011

Moral of the story..Kena tunggu 23 mangsa atau kena tunggu jenayah menimpa org org berkuasa dan penting ..baru bertindak.

keselamatan Rakyat semakin hari semakin terancam...semua kerana zaman sekarang segala aktiviti dan keselamatan hanya pentingkan vip vip atau yang berkuasa saja..kalau rakyat biasa selalunya diabaikan atau dilupakan...uhhhh

Anak pegawai polis disimbah asid

bhnews@bharian.com.my
2011/05/14

Emma (kiri) dan suspek.
Emma (kiri) dan suspek.
Mangsa ke-23 diserang lelaki bermotosikal ketika berhenti di simpang tiga

KUALA LUMPUR: "Saya hanya mampu beristighfar dan menjerit meminta tolong apabila disimbah cecair bercampur asid oleh seorang lelaki bermotosikal," kata mangsa ke-23 kes serangan asid yang menceritakan detik mencemaskan disimbah cecair bercampur asid dalam insiden berhampiran Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, semalam.
Mangsa yang juga anak pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 31, berkata, beliau sangat terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal tiba-tiba menghampiri keretanya ketika berhenti di simpang tiga di lokasi kejadian, kira-kira jam 8.30 pagi.
“Simbahan cecair bercampur asid itu terkena seluruh muka dan pakaian saya, lalu menyebabkan mata saya terasa sangat pedih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lembah Keramat, Ulu Klang, dekat sini, semalam.

Emma berkata, beliau tidak tahu siapa yang menyerangnya malah bingung diperlakukan begitu kerana hanya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupu yang bekerja. Saya masih ingat, kerana sejuk, saya membuka tingkap di bahagian pemandu tetapi tidak menyangka ada lelaki datang menghampiri dan menyimbah cecair bercampur asid ke arah saya,” katanya.

Emma menasihatkan wanita yang bersendirian sama ada berjalan kaki, menunggang motosikal dan memandu kereta supaya berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa simbahan asid.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Bukit Aman menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani kes serangan asid yang sehingga kini membabitkan lebih 20 mangsa wanita.

“Jawatankuasa khas yang dibentuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin akan bekerjasama dengan beberapa kumpulan pemandu teksi bagi membantu polis mengesan suspek termasuk memaklumkan kejadian melalui perkhidmatan radio teksi jika terlihat serangan seumpama itu berlaku berhampiran mereka,” katanya.

Khalid berkata, setakat ini, polis hampir mengecam beberapa saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi kejadian kes serangan asid tetapi siasatan lanjut masih dilakukan.

“Polis juga sedang mengenal pasti motif utama suspek yang sering menyasarkan wanita sebagai mangsa. Kita tidak menolak kemungkinan pelaku jenayah ini mempunyai masalah mental,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails