13 ditahan bakar pondok polis
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, suspek yang berusia di antara 18 dan 32 tahun ditahan pagi semalam di sekitar taman perumahan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api.
Polis turut ingin menghubungi seorang lagi lelaki, M. Jeganathan, 30-an, yang tinggal di Nombor 36, Lorong 33, Taman Merak, Simpang Ampat untuk membantu siasatan.
"Polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini mempunyai kaitan dengan satu kes pergaduhan antara dua orang lelaki di taman perumahan berkenaan pada pukul 10.45 malam Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment