kahk kahk boleh mamu ini cakap umno tidak akan terlibat kerja kerja macam ini..khik khik khik..sekilas pandang ku tahu mana jantan mana betina..setaip kali kerja kerja dajjal ku tahu siapa ketua DAJJAL NYA...KHIK KHIK
PAS terlibat edar video ‘Anwar’?
Pengedaran video seks yang didakwa membabitkan pemimpin tertinggi pembangkang secara berleluasa seperti dilaporkan berkemungkinan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan. Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata tuduhan pihak tertentu yang mengatakan UMNO melakukan perkara itu sebagai suatu yang tidak berasas.
“Apa sahaja yang berlaku membabitkan Anwar Ibrahim, semua pihak akan menuding jari kepada UMNO, mereka kata semua itu adalah perancangan UMNO, konspirasi UMNO untuk jatuhkan Anwar.
“Sehingga kini, semua pihak masih tidak tahu siapa yang lakukannya termasuk pihak polis, mungkin juga mereka yang melakukan perkara ini mempunyai kepentingan tertentu untuk memburuk-burukkan Anwar.
“UMNO tidak akan melakukan kerja seperti ini, banyak perkara yang lebih berfaedah perlu dilakukan UMNO, bukannya perkara yang tidak berfaedah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung pengedaran video seks itu secara berleluasa dan UMNO dituduh menjadi dalang kepada pengedaran video berkenaan oleh pembangkang.
Musa berkata, kemungkinan juga mereka yang mengedar video berkenaan mempunyai hubung kait dengan pemilihan pucuk pimpinan Pas bulan depan yang dikatakan pertembungan antara kumpulan pro Anwar (Endorgan) dengan pro ulama.
“Sekarang orang heboh bercakap mengenai pemilihan Pas, mereka kata ada ada pertembungan antara kumpulan pro Anwar dengan pro ulama. dan tidak mustahil perkara ini dilakukan oleh pihak tertantu yang menyokong salah satu kumpulan terbabit.
“Mereka ini lakukan untuk memalukan pihak tertentu, dalam hal ini mereka yang mempunyai kepentingan akan sanggup melakukan apa sahaja, lepas itu tuduh pihak lain yang lakukan,” katanya.
Menurutnya, beliau merasa sedih dengan apa yang berlaku itu kerana membabitkan aib seseorang, sepatutnya perkara itu biarlah pihak berkuasa menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan kemelut dan bukannya kita sendiri yang membuat keputusan.
“Dalam kita ingin mencapai sesuatu, tidak perlu kita melakukan sesuatu sehingga boleh memberi keaiban kepada orang lain, dalam perkara ini UMNO tidak terbabit lansung,” katanya.
Musa berkata, sudah menjadi lumrah politik negara ini apa sahaja yang membabitkan Anwar dan pihak pembangkang, UMNO yang menjadi mangsa dengan tujuan supaya rakyat bendi kepada UMNO dan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment