BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, May 18, 2011

sabotaj:pandikutty mengunakan ANJING KE..?

Bkt Bendera: Betul, anjing angkaranya
Perbadanan Bukit Bendera menolak kemungkinan perbuatan sabotaj dengan menegaskan pelanggaran dengan sekumpulan anjing menyebabkan perkhidmatan keretapinya digantung selama kira-kira dua hari.

NONEKontraktor bebas Earl Kohler berkata beliau telah bercakap secara berasingan dengan setiap pekerja yang terbabit dalam kemalangan pada 3 Mei lalu, dan penjelasan mereka adalah sama dan logik.

Kohler (kiri) berkata, beliau turut bercakap dengan pengawal
keselamatan yang menyaksikan kejadian itu sebagai seorang saksi bebas dan penjelasan beliau juga adalah sama.

“Pada pendapat saya, semuanya yang diberitahu kepada saya adalah benar. Pemeriksaan saya di tempat kejadian juga mengesahkannya," katanya dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Bagaimanapun, Kohler berkata, ekoran siasatan ke atas kemalangan tersebut, beliau mendapati perbadanan berkenaan tidak mempunyai akses kepada bahan-bahan dan tidak dapat memperbaikinya dengan segera.

Jika mereka mempunyai simpanan bahan-bahan tersebut untuk digunakan dalam masa kecemasan seperti apa yang berlaku, “terutamanya yang membabitkan orang awam”, kata Kohler, ia dapat diperbaiki dalam masa kurang daripada sejam.

Siasatan itu juga mendapati di kawasan kemalangan tersebut, tiga pelapik didapati 'salah jajaran', termasuk sensor di stesen terowong atas.

“Tidak ada cara untuk pemandunya dapat mengelak kemalangan tersebut kerana ada anjing, babi hutan dan monyet di kawasan itu yang melintas landasan," tambahnya.

NONEKohler merujuk kepada perkhidmatan keretapi Bukit Bendera, yang digantung perkhidmatannya kerana kegagalan teknikal yang menyebabkan perbadanan itu kehilangan pendapatan dan belanja alat gantian kira-kira RM30,000.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) kecewa dengan kemalangan tersebut dan mengesyaki berlaku sabotaj, dan memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka bertanggungjawab.

Turut hadir di sidang akhbar bersama Kohler hari ini ialah pengurus besar perbadanan tersebut, Lee Kah Choon dan pengurus operasi Ahmad Chik.

Ditanya sama ada perbadanan tersebut dapat memastikan kejadian yang sama tidak berulang, Lee berkata, satu jawapan yang bertanggungjawab ialah “tiada siapa pun berani memberi jaminan" sedemikian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails