sebelum ini bhg 3 klik disini:
Komen untuk cakap cakap songsang mengenai buku jingga yang hanya bersifat :"ghaplah jingga"
*Pendekatan yang diambil melalui Buku Jingga ialah mengembalikan kuasa dan keputusan kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan iaitu politik,ekonomi dan sosial.Makanya,tiga teras yang menjadi landasan Buku Jingga adalah 1:Reformasi politik yang perlu berlaku sebelum kita boleh melaksanakan reformasi ekonomi dan sosial,2 meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat dan keupayaan rakyat melibatkan diri dalam ekonomi dan ke3 mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat supaya kualiti hidup rakyat bertambah.
*Bentuk bentuk reformasi politik yang kita janjikan termasuklah persoalan asas yang terus meruntun negara dan telah menjejaskan keyakinan masyarakat antarabangsa dan rakyat kepada negara seperti contoh kewibawaan insititusi kehakiman ,SPRM,Polis dan SPR,,janji buku jingga untuk mengentikan campur tangan politik dalam badan badan ini dilihat sebagai syarat utama sebelum keyakinan masyarakat pelabur antarabangsa boleh kembali ke negara ini.
*Begitu juga dengan janji untuk menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izi disabah yang dibenarkan mengundi yang telah berlanjutan selama dua dekad.Ia menjadi barah yang menghalang kemajuan diSabah.
*Jadi pada pendapat ,kalaulah menyelesaikan masaalah masaalah pokok yang tertunggak seperti ini,termasuklah membantu meringkankan bebanan rakyat dikira akan meyerabutkan keadaan,sebenarnya yang betul betul akan serabut adalah lawan politik (BN) bukannya rakyat kerana mereka gagal memberikan penyelesaian selama ini.
bersambung
No comments:
Post a Comment