BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, June 7, 2011

.PUSPAKOM Pemereksaan tambahan untuk keselamatn atau untuk menguntungkan Kroni..

INI CARA DAN TAKTIK..MENGAUT WANG RAKYAT...BUAT SESUATU UNDANG UNDANG IKUT SUKA HATI DEMA AJE..ASALKAN MASUK POKET KRONI..
Pengusaha kereta bantah pemeriksaan tambahan
Kira-kira 100 pengusaha kereta terpakai mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967.

NONEMengikut pindaan itu yang berkuatkuasa 15 Jun ini, semua kereta terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru.

Pengusaha mendakwa tindakan itu hanya menguntungkan Puspakom, sebuah syarikat swasta yang diberikan monopoli bagi menjalankan perkhidmtan pemeriksaan berkomputer.

Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu yang juga dikenali sebagai B7 itu akan dikuatkuasakan selain pemeriksan wajib 4 perkara sekarang yang disebut B5.

Menurut setiausaha agung Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin, pemeriksaan B5 adalah mencukupi bagi melindungi pembeli.

NONE“Peraturan baru ini tidak mempunyai matlamat. Pengguna (akan membayar) untuk keuntungan Puspakom,” dakwanya.

Khoo berkata kos tambahan kos juga akan terpaksa ditampung oleh kedua-dua pembeli dan juga penjual kerana pemeriksaan B7 menelan belanja RM90 di samping bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5.

FMCCAM mempunyai lebih 3,000 anggota di seluruh negara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails