BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, June 6, 2011

Hakim: Macam coklat HACKS...!

ANWAR dalam Kes Liwat:sat gugur sat tukar...keputusan masih ditangan diHakim itu...apalah punya keadilan..?

Fitnah 2: Peguam Anwar kemuka rayuan untuk tukar hakim

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh akan mengemukakan rayuan untuk menukar hakim yang mendengar perbicaraan kes Fitnah II bagi memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perbicaraan yang adil.

Permohonan itu akan didibuat di Mahkamah Rayuan selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan beliau daripada mendengar kes Fitnah II pagi ini.

“Ya kita akan kemuka rayuan untuk tukar hakim hari ini,” kata Karpal.

Karpal pagi ini memohon untuk mengenepikan Hakim Zabidin daripada terus mendengar perbicaraan itu kerana berpendapat Zabidin melakukan pra-penghakiman dan menjatuhkan hukuman sebelum Anwar memulakan proses membela diri.

Justeru, Hakim Zabidin dikhuatiri bersikap berat sebelah sekiranya beliau terus menghakimi perbicaraan ini, kata Karpal.

“Apabila mahkamah menerima kesaksian PW1 (Saiful Bukhari) sebagai (konklusif dan) tidak boleh dibidas, terdapat bahaya kemungkinan berlaku berat sebelah apabila mahkamah melakukan pra-penghakiman bahawa bukti yang dikemukakan PW1 sebagai benar,” kata Karpal.

Menurut Karpal lagi, mahkamah sepatutnya mengambil kira kesemua bukti yang dikemukakan pendakwa raya dan bukannya keterangan Saiful semata-mata untuk membuktikan wujudnya prima facie dalam kes ini.

“Peruntukan mandatori Seksyen 182A (1) Kanun Jenayah Keseksaan memerlukan mahkamah mengambilkira kesemua bukti yang dikemukakan sebelum ia membuat kesimpulan dalam menentukan samada pendakwa raya berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan yang munasabah terhadap seseorang yang dituduh,” kata Karpal.

Hakim Zabidin bersetuju menangguhkan mahkamah dan mahkamah akan bersidang semula 13 Julai ini bagi sebutan kes.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails