BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, June 6, 2011

Liwat...eloknya sumbat masuk aje..

Anwar:eloknya sumbat masuk dalam tak payah bicara tak payah saksi...sebab itu takboleh ini takboleh..buat apa buang masa,wang dan current Rakyat....

Peguam Anwar dihalang temubual saksi?

Posted by admin on June 6th, 2011

Peguam Sankara Nair yang mewakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu bahawa pihak pendakwa raya tidak membenarkan pasukan peguam Anwar menemu bual kesemua 25 saksi yang dijanjikan kepada mereka.Menurut Sankara, sehingga ke hari ini mereka hanya dibenarkan menemu bual hanya lima daripada 25 saksi yang dijanjikan pendakwa raya.

Malah mereka juga masih belum dibenarkan menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang pernah bertemu dengan Saiful, pengadu yang mendakwa kononnya diliwat Anwar.

Justeru, Sankara melahirkan keraguannya yang Anwar akan menerima perbicaraan yang adil apabila mahkamah kembali bersidang hari ini.

“Tangan kami terikat dalam usaha kami untuk menyiapkan pembelaan yang sempurna buat Anwar apabila pendakwa raya enggan memberikan kami kesemua saksi yang telah dijanjikan mereka,” kata Sankara seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Khamis minggu lepas, Anwar turut memfailkan permohonan untuk mengenepikan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar perbicaraan kes Liwat II atas sebab Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam penghakimannya.
readmore

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails