BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, June 6, 2011

Innalilahi wainnalillahi roojiun.......

Sehidup semati


PASUKAN keselamatan mengangkat mayat salah seorang mangsa yang maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta Proton Waja di Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH - Hasrat pasangan suami isteri untuk menghadiri kursus haji sebagai persediaan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada November tahun depan tidak kesampai- an apabila kedua-duanya maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta Proton Waja semalam.

Kejadian pukul 9 pagi di Jalan Sungai Udang-Masjid Tanah berhampiran Depot Pengkalan Peluru Kem Masjid Tanah di sini itu menyebabkan Mohd. Nordin Dolan, 56, dan Ramlah Daud, 53, menemui ajal di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave ditunggang Mohd. Nordin merempuh pintu kiri kereta tersebut yang terbabas ke laluan bertentangan. Pemandu kereta itu bersama isterinya hanya cedera ringan.

Difahamkan, sebelum kejadian, pasangan tersebut dalam perjalanan untuk mengikuti kursus haji di Masjid Putra di Masjid Tanah di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails