BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, October 19, 2011

Awas..Menjelang Deepavali...

kalau setakat dicampur daging Kambing dan Lembu kira boleh tahan..apa kata dicampurnya Daging Katak bersama lembu atau kambing..memandangkan Katak yang berisi semakin maharajela semenjak dua menjak ini..?haru haru..

Peniaga usah kaut untung campur daging kambing dengan lembu


GUNA SELAN (tengah) melihat daging kambing yang dijual di Pasar Chowrasta di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga di negeri ini agar tidak mencampurkan daging kambing dengan daging lembu atau daging kambing import untuk memperdaya pengguna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan.

Katanya, daging kambing tempatan berharga antara RM33 dan RM35 sekilogram manakala harga daging kambing import ialah antara RM24 dan RM25 sekilogram.

“Kita harap peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan menjelang perayaan Deepavali ini memandangkan permintaan bagi daging kambing meningkat,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Chowrasta di sini semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails