BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, October 21, 2011

Peringatan Buat pemerentah....salahguan Kuasa..berakhir dalam Tong Taik

eloknya ambil pengajaran dari insiden yg menimpa Gaddafi..waktu berkuasa wooow hebat dalam pemgumpulan harta rakyat dan kuasa..akhirnya lobang tandas yang disembunyi...ambil iktibar.

PM Libya: Muammar Gaddafi mati terkena peluru selepas ditangkap

October 21, 2011
Muammar Gaddafi yang cedera dibawa keluar dari trak pejuang NTC selepas ditangkap di Sirte. — Foto Reuters
TRIPOLI, 21 Okt — Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte semalam.

Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.

Rakyat di Tripoli Libya meraikan berita kematian Muammar Gaddafi. — Foto Reuters
Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan.

“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media di sini semalam.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“‘Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya’,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails