BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, October 10, 2011

Wakaf Al Quran Musim Haji 1432 Hijrah


Salam,

Alhamdulillah, dah masuk tahun ke tujuh saya menguruskan program wakaf al quran di musim haji … cepat nya masa berlalu.

Seperti biasa, kita semua dah dapat merasai suasana musim haji 1432 Hijrah ini … penerbangan pertama jemaah dengan KT 1 akan berangkat pada 29/09/2011. Mudah mudahan semua bakal jemaah haji yang mendapat tawaran menunaikan haji pada kali ini telah membuat persiapan yang sewajarnya untuk mendapat Haji yang Mabrur

Dan sesuai dengan musim haji 1432 Hijrah ini dan seperti yang telah saya uruskan sejak tahun 2005, sesiapa yang ingin mewakafkan Al Quran (atas diri sendiri atau orang lain) untuk bacaan jema’ah Haji dari seluruh dunia di Masjidil Haram, Makkah atau di An Nabawi, Madinah … sila hubungi dengan saya untuk keterangan lanjut melalui email atau telepon.

Saya masih mencadangkan RM50.00 sebagai nilai minima untuk urusan mewakaf Al Quran dan bakinya, sekira ada, disedekahkan kepada tabung amal jariah atau kepada fakir miskin atau musafir yang keputusan belanja dan / atau sebagainya yang di fikir sesuai di sana (di Makkah dan Madinah).

Hari Wukuf di jangka pada 5/11/2011

Tarikh tutup sumbangan wakaf – 17/10/2011 – Isnin.

Untuk melancarkan urusan kiriman wang untuk pembelian Al Quran yang di wakafkan, saya menutup tarikh pada 17/10/2011 kerana waktu ini sudah menghampiri waktu kemuncak (sekitar 3 minggu ) untuk jemaah bergerak untuk berwukuf di Arafah. Dan ini memberi peluang untuk jemaah yang di anggar mencecah lebih 4 juta membaca Al Quran yang telah di wakafkan dan di letakkan di rak rak Al Quran di Masjidil Haram di Makkah atau di An Nabawi di Madinah.

Semoga segala usaha kita mendapat berkat dan rahmat dari Nya.

Wassalaam

HUBUNGI:

Muhammad Sabri Bin Muhammad Salleh

019-3243337

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails