BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, October 5, 2011

Kos sampai 2juta lebih kenapa nak bazirkan gitu..

Peserta "Bersih" tak buat pun kecoh..yang mulakannya semua Polis yang diperuntukkan wang rakyat dan yang dibayar gaji dengan wang rakyat...

RM2j tangani perhimpunan haram Bersih


KERAJAAN membelanjakan RM2 juta bagi menangani perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membelanjakan kira-kira RM2 juta serta menugaskan 11,046 pegawai dan anggota polis bagi menjaga keselamatan di Lembah Klang sebelum dan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah itu termasuk 2,600 anggota yang dikerah dalam keadaan bersiap sedia di kontinjen-kontinjen polis di seluruh negara yang boleh dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Polis terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Kok ingin tahu bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai lepas serta perbelanjaan operasi menghentikan perhimpunan itu. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails