BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, October 8, 2011

Kesedaraan....Tunggu sampai Pencen..?..

Allah masih menyangi anda walaupun kesedaraan Islam tiba selepas "Pencen" apa kata bagi yg kurang bernasib baik..kojol sebelum kesedaraan tiba..?sooo belum terlambat..gunakan akal fikiran pemberiaan Allah untuk mentelaah secara bijak dan adil...."JOM MASUK PAS"
Ustaz Idris Lancar 'Jom Masuk PAS'

pasperak

AIRKUNING.TAIPING.:7HB OKT 2011.

Lajnah Pemerkasaan Parti Badan Perhubungan PAS Perak telah mengadakan Program 'Jom Masuk PAS'. Program ini telah dilancarkan oleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Bin Ahmad semasa Liqa' Fitri Badan Perhubungan PAS Perak di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning.

Program ini bertujuan untuk menarik masyarakat terutama ahli UMNO untuk menyertai PAS.

Program diserikan lagi dengan dua ikon baru PAS iaitu Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dato' Adnan Ibrahim dan Bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid.

Dato' Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan UMNO selepas pulang dari tanah suci.

" Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Dato' Hishamuddin Tun Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan UMNO. Tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.

"Perjuangan UMNO hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ustaz Idris dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

" Bekas Pegawai Tinggi TLDM dan Bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS ?," katanya yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat.

" Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya UMNO. UMNO tidak relevan lagi. UMNO sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails