khik khik apa kata bekas bekas tentera,balu balu mereka..?kalau setakat nak makan duit pemberian umno 10.20 dan usung banner nak tunjuk bantahan pada pas atau pimpinan mereka ..bukan boleh dapat rm3k tunai le woooi...nasib baik ada abang mat kita yang pandai main Isu dan UMNOBN duduk tak senang...sebagai ganjaran dari usaha abng mat..UMNOBN dah terpaksa nak jaga hati koorang le weiii bagi juga rm3k..dan pada bekas bekas tentera yg Pro PR teruskan sokongan dan gerak kerja anda tarik ramai lagi kwn kwn utk menyokong PR..kalau duduk dalam UMNOBN dah 54 tahun le woooi habuk apa pun hangpa tak dapat..ini abng mat kita buka mulut dalm 3 bulan aje..hangpa dapat rm3k...
tapi apa pun kena terus berhati hati sebelum terima duit itu dan pastikan nama anda ada dalam senarai penerima jangan sampai ditipu puak puak gerombolan itu..."AWASSSSS"selepas ini ada ramai individu atau persatuan yang akan mengaku wakili UMNOBN utk membayar duit...
RM3,000 untuk bekas anggota, duda dan balu
Kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka - kesemuanya hampir 62,000 orang - untuk membantu meringankan kos sara hidup.tapi apa pun kena terus berhati hati sebelum terima duit itu dan pastikan nama anda ada dalam senarai penerima jangan sampai ditipu puak puak gerombolan itu..."AWASSSSS"selepas ini ada ramai individu atau persatuan yang akan mengaku wakili UMNOBN utk membayar duit...
RM3,000 untuk bekas anggota, duda dan balu
Berucap membentangkan bajet 2012 di Dewan Negara petang ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sejarah negara penuh dengan cerita-cerita wira yang tidak di dendang.
"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout.
"Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi. Kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya. Kita tidak sekali-kali seperti setengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa bakti mereka.
"Sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.
Bantu ringan kos sara hidup
"Sebagai mengenang jasa bakti mereka, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang," kata Najib.
Sumbangan ini, tambah perdana menteri, sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup.
"Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi. Kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya.
"Kita tidak sekali-kali seperti setengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa bakti mereka.
"Sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.
"Sebagai mengenang jasa bakti mereka, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang.
"Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup," tambahnya.
Perdana menteri berkata, rakyat Malaysia turut insaf bahawa harga kita menikmati keamanan dan kemakmuran bukannya percuma.
Program 'Army Care'
"Ia dibayar oleh mereka yang menyarung seragam Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan benteng pertahanan utama negara.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, sudah menjadi tugas kita untuk sentiasa memelihara kebajikan mereka.
"Kebajikan anggota tentera sentiasa menjadi perhatian Kerajaan bagi mempastikan anggota tentera fokus dalam menjalankan tugas," katanya.
Menurutnya, tempat tinggal dan suasana kem yang selesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja yang positif di kalangan anggota.
"Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara," tegasnya.
Perdana menteri berkata, terdapat 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen.
"Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup.
"Bagi meringankan beban golongan ini, kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan
serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak," katanya.
Untuk melaksanakan insentif ini, tegas perdana menteri, sebanyak RM50 juta akan disediakan
No comments:
Post a Comment