BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, October 12, 2011

Pakar sejarah..bila nak buat siasatan..?

KALAU SETAKAT DI1MALAYSIA PAKAR SEJARAH KALAU NAK BUAT KAJIAN DAN NAK KELUARKAN LAPORAN YANG TOK WAN YA`ACOB INI BERUSIA LEBIH 128 TAHUN PUN BOLEH DIKIRA DAN DIBINCANG...SEBAB SEJARAH DIMALAYSIA SEMUA TELAH HANCUR DEK ADANYA PAKAR PAKAR YANG PRO DUIT DAN KUASA HASIL ASUHAN UMNOK....TAKPELE TOKWAN OOOI KALAU BETUL MU TOK WAN BERUMUR 128TAHUN BIARKAN DAN ALLAH LEBIH MENGETAHUI ..JANGAN SEKALI KALI BERJUMPA DGN PAKAR PAKAR SEJARAH DIMALAYSIA...MAMPUS DIBUATNYA..

Ya'acob dakwa berusia 128 tahun


Ya' acob menunjukkan kad pengenalannya yang tertera tarikh lahir 2 September 1914 namun mendakwa dilahirkan lebih awal sebelum itu sambil diperhatikan isterinya, Che Gayah di Rantau Panjang, Kelantan.


RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.

Ya’acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.

Menguatkan dakwaannya, Ya’acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.

“Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.

“Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang ‘kenering’. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails