BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, October 7, 2011

Sampaikan Agama....Tauliah menjadi penghalang..

APA YANG SUSAH SANGAT UTK CERDIK PANDAI MENGAJAR AGAMA....KALAU ADA MAJORITI JEMAAH BANTAH..JANGAN DIJEMPUT GURU TERSEBUT..INI TAULIAH DIPOLITIKKAN KENAPA..?ESOK DIAKHIRAT NANTI APA NAK DIJAWAB BILA KITA MENGHALANG ORANG DARI SAMPAIKAN AGAMA KEPADA RAKYAT..????APA MAIS ATAU JAIS BOLEH BACKUP KE..?

Isu tauliah: Hasan Ali mahu menghadap Sultan Selangor

October 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali mahu ahli-ahli politik diberi tauliah untuk menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor ekoran kontroversi terbaru dengan beberapa pihak mendakwa larangan itu mengehadkan kebebasan wakil rakyat yang berlatarbelangkan agama.

Sehubungan itu kata Hasan, beliau berharsat untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemberian tauliah kepada ahli-ahli politik.

Awal bulan lalu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa menjelaskan tauliah sudah tidak lagi dikeluarkan selaras dengan perkenan Sultan Selangor yang tidak memberi kebenaran mengajar atau berceramah mengenai agama kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau negeri itu.

Sehubungan itu pengurusan surau dan masjid di negeri tersebut dilarang menjemput mana-mana ahli politik bagi menyampaikan kuliah dan ceramah agama.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor memberitahu, pertemuan dengan baginda adalah untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut berikutan titah baginda melarang ahli-ahli politik yang tidak mempunyai tauliah mengadakan ceramah agama di masjid dan surau di negeri itu.

“Perkara ini telah menimbulkan sedikit keraguan, kecelaruan dan tidak puas hati di kalangan pengamal dakwah yang kebetulan ahli politik.

“Sebagai Exco, saya akan besama-sama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Mais berunding dan kalau ada peluang, kami akan menghadap Tuanku untuk bincang lanjut perkara ini,” katanya lagi.

Dipetik Sinar Harian hari ini, Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, dalam hal pemberian tauliah kepada ahli-ahli politik, terdapat dua kategori iaitu ahli politik yang diberikan tauliah dan telah tamat tauliah memberikan ceramah.

“Di peringkat awal ini dan perintah dari istana, ahli politik yang diberikan tauliah tidak boleh perbaharui tauliah.

“Kepada ahli politik yang tauliah masih beroperasi, tunggulah sehingga tamat tauliah iaitu sampai lima tahun kerana tauliah yang diberikan sah selama lima tahun,” katanya lagi.

Hasan berkata, sama ada ahli politik aktif atau tidak aktif mereka kebetulan adalah orang agama, rakyat mahu mereka diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dan mengajar agama.

“Ada orang-orang yang talaqi, kelas-kelas berkitab dan mereka jadi pengajar. Apa yang akan jadi kepada masyarakat kerana mereka (pengajar agama) adalah sumber universiti dan ilmu kepada rakyat untuk belajar agama,” katanya lagi.

Hasan seterusnya berkata, “saya akur dengan perintah istana.”

“Saya tunggu kelapangan istana, jika ada masa dan ruang untuk bertemu Tuanku (Sultan) bersama dengan Jais dan Mais, saya yakin dengan apa yang saya bawa,” katanya.

Laporan media 28 September lalu menyebut, Jais tegas dengan keputusannya untuk tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang mahu berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di Selangor.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak akan berkompromi walaupun ada pihak yang meminta supaya perkara itu diteliti semula.

Awal minggu lalu, Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abdul Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah menemui Marzuki dan meminta Jais menimbang semula perkara tersebut, namun seperti yang dimaklumkan sebelum ini jabatan berkenaan tetap dengan keputusannya.

Khalid telah didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, Klang pada 16 Ogos lalu dan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Enakmen Jenayah Syariah 1995 bulan lalu. Kes Khalid akan didengar akhir tahun ini.

Selain isu membabitkan kedudukan Khalid, Jais juga membatalkan tauliah yang diberikan kepada Dr Rani, yang menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Rani juga merupakan Adun Meru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails