BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, October 15, 2011

Ustazah "UMNO BKT GNTG"..garang atau mencari Tapak..

ada kedengaraan yang Ustazah Gerakan yang pernah UMNO Bukit Gantang usung selama sepenggal..garang dengan gesaan ..supaya Ketuanya tidak bertanding..apahal lak.>?dia rasa dia lebih hebat dari bossnya ke atau mencari tapak ...mungkin diBandar Taiping..Taukeh kilang Roti mesti suka sangat kalau Tan mai balik kekampung dia..ada can songlap atau gulung lagi sekali...

Ketua Wanita Gerakan gesa Tsu Koon jangan tanding PRU-13

October 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 demi kepentingan parti.

Tan yang membuat gesaan itu pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Wanita Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada pilihan raya umum ke-13 dan membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.

Parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008. Turut kalah Koh yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti.

“Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.

Tan berkata Gerakan yang merekodkan prestasi buruk pada PRU 2008 memerlukan pemimpin yang berani dan teguh sekiranya mahu terus ‘hidup’ selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga mendakwa suara akar umbi semakin lantang mengkritik kepimpinan parti, dan menambah Wanita turut bimbang jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh pucuk pimpinan sekarang, Gerakan akan terus dimalukan pada pilihan raya umum akan datang.

Tan juga tidak bimbang kritikannya itu akan menyebabkan beliau tidak dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum.

“Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula,” katanya dipetik Bernama Online.

Terdahulu dalam ucapannya, Tan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengingatkan anggota Wanita agar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dan semua calonnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin berkata semua anggota parti harus merapatkan barisan dan bersatu di belakang Koh.

“Beliau dipilih secara demokrasi. Suka atau tidak beliau masih presiden kita dan semua harus berdiri di belakang beliau.

“Saya fikir adalah suatu yang tidak betul untuk meminta presiden meletak jawatan tanpa alasan kerana kepimpinan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya untuk Koh. Tentu buruk jika Koh berjalan dan berarak sendirian tanpa siapa di belakangnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails