BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, October 8, 2011

Pakar kes bogel dan...JGN dirisaui..

aiii le kes yang dah lama dan seperti dah selesai..tapi rupanya tak selesai lagi..kenapa..?kan di1malaysia ada ramai pakar pakar soal bogel,ketukketambi dan liwat..siap boleh rakam live..kenapa isu bogel rakyat singapura ini tak selesai selesai lagi...?

Ketuk ketampi bogel: Singapura mahu lebih banyak maklumat

October 07, 2011

SINGAPURA, 7 Okt — Kementerian Luar Singapura mahu Malaysia menyalurkan lebih banyak maklumat mengenai insiden membabitkan dua wanita warga Singapura yang didakwa dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel oleh pegawai imigresen di Johor Baharu Jun lalu.

Berdasarkan laporan media di Malaysia bahawa pihak berkuasa Malaysia telah memberikan jawapan pada soalan di Dewan Rakyat mengenai kes itu, kementerian telah meminta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura memberikan lebih banyak maklumat, kata satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sering berhubungan untuk mengetahui perkembangan status penyiasatan kes melibatkan dua wanita itu yang ditahan sementara atas dakwaan melanggar peraturan imigresen dan cara mereka dilayani semasa ditahan.

Dipetik Bernama Online, Kementerian Luar berkata difahamkan bahawa hasil siasatan itu akan dimaklumkan kepada Singapura sebaik sahaja ia selesai.

“Ini masih belum diterima setakat ini”, menurut Kementerian Luar.

Dalam jawapannya, Kementerian Dalam Negeri Malaysia menyatakan pegawai dalam kes itu telah menjalankan tugas secara “baik dan teratur.”

Kedua-dua wanita warga Singapura dalam kes itu berkata mereka secara tidak sengaja memasuki Johor Baru tanpa menyerahkan pasport mereka untuk dicap, dengan memandu melalui laluan imigresen yang tidak dikawal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails