BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, October 14, 2011

CAKAP SERUPA BIKIN..

adalah manis dan sejuk mata memandang..orang yang bercakap dan bincang soal agama..diri sendiri pun dijaga molek...ini macam di1malaysia..yang bercakap soal agama hampir semua nya penyamun tarbus dan perogol bersiri siri...kalau yg wanitanya habis selak atas bawah..sakit mata memandang dan pedih hati bila memikirkannya..

Teliti selaraskan undang-undang

Oleh Sim Y H

Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah berkenan berangkat ke sesi pembentangan Seminar Antarabangsa Perundangan Islam.


Antara mereka yang menghadiri sesi pembentangan kertas kerja.


Dayang Zuraini membacakan kertas kerja Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati bertajuk Ke Arah Pelaksanaan Undang-Undang Syari'ah Dari Perspektif Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt - Jawatankuasa Menyesuaikan Undang-undang Menurut Kehendak Agama Islam yang turut diwakili pegawai Pejabat Peguam Negara masih meneliti undang-undang jenayah seperti Kanun Jenayah dan Kanun Atur cara Jenayah dengan matlamat supaya sistem perundangan dan kehakiman, syara' dan sivil dapat dikekalkan berjalan seiring.

Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh berkata, pada realitinya, hasrat untuk menyelaraskan undang-undang negara mengikut prinsip-prinsip syari'e sudah wujud seawal tahun 1980 lagi.

"Pada 21 Januari 1980, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan penubuhan satu jawatankuasa digelar Jawatankuasa Menyesuaikan Undang-Undang Brunei Dengan Kehendak Agama Islam."

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati menyatakan demikian dalam kertas kerja bertajuk Ke Arah Pelaksanaan Undang-Undang Syari'ah Dari Perspektif Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam 2011 di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong hari ini.

Kertas kerja beliau itu dibacakan Dayang Zuraini Sharbawi. Berkenan berangkat di sesi pembentang kertas kerja berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah.

Dalam kertas kerja berkenaan, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan bermatlamat mengkaji semula dan menyesuaikan undang-undang negara dengan kehendak hukum-hukum syari'e.

Di samping itu, pada 1985, Baginda Sultan memperkenankan penubuhan Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam - selain daripada tanggungjawab asal untuk menggubal undang-undang Islam jawatankuasa itu juga diberikan mandat untuk menggubal undang-undang yang berkenaan dengan penubuhan Mahkamah Syari'ah dan undang-undang yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Syari'ah yang sedia ada pada waktu berkenaan.

Menurut Yang Berhormat Peguam Negara lagi, langkah-langkah awal yang diambil bagi menuju ke arah pelaksanaan undang-undang syari'ah sudah menampakkan hasil positif.

Di antara hasil-hasil yang ketara adalah dalam penggubalan akta dan perintah termasuk Akta Mahkamah Syari'ah (Penggal 184), Perintah Keterangan Mahkamah Syari'ah 2001 (S63/01), Perintah Acara Mal Mahkamah-Mahkamah Syari'ah, 2005 (S26/05), Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam), 199 (S12/00) dan Perintah Pengangkatan Anak Islam, 2001 (S14/01).

Langkah-langkah lain yang dilaksanakan menuju ke arah pelaksanaan undang-undang syari'ah juga termasuk penubuhan Unit Perundangan Islam di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, katanya.

Unit itu, jelas beliau, mengambil alih tugas Jawatankuasa Menyesuaikan Undang-Undang termasuk menyemak, meneliti dan mengkaji peruntukan-peruntukan dalam Undang-Undang Brunei untuk memastikan tidak ada percanggahan dengan hukum syara' dan menyediakan draf-draf cadangan pindaan.

Ia juga membuat perbandingan dengan undang-undang negara Islam yang lain untuk diambil kira dan dijadikan sandaran bagi penggubalan baru.

Yang Berhormat Datin seterusnya menjelaskan bahawa unit berkenaan bekerjasama rapat dengan pihak Peguam Negara dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan pada mereka.

Menyentuh mengenai cabaran-cabaran menuju ke arah pelaksanaan undang-undang syari'ah, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati berkata: "Adalah diperakui bahawa Islam adalah agama yang syumul dan sempurna dan ajaran serta hukum syari'e yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunah sememangnya dipertanggungjawabkan kepada umat Islam sebagai satu kewajipan yang berat.

"Dengan kesyumulan dan kesempurnaannya yang sedia ada, ia adalah satu cabaran yang hebat untuk dilaksanakan dan dikuatkuasakan terutama sekali dalam sistem kerajaan yang mempunyai sistem perundangan dualisme seperti Negara Brunei Darussalam."

Dalam kertas kerjanya itu, beliau turut membuat perbandingan dengan negara lain seperti Malaysia apabila beliau menjelaskan bahawa Perlembagaan Brunei Darussalam tidak menyebut secara langsung bahawa sistem perundangan negara adalah berasaskan Al-Quran dan sunah iaitu sistem perundangan syari'ah.

Sementara itu, perlembagaan Malaysia, khusus yang berkenaan negeri-negeri tertentu, sebaliknya ada menyebut bahawa sistem perundangan yang diguna pakai adalah sistem perundangan syari'ah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails