BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, October 10, 2011

Media 1malaysia yg Pro UMNOBN..dok canang habis habisan...DHPP mau keluar PAS

Pengerusi DHPP nafikan tetapi diluar sana Media 3/4 1 malaysia spin semaxima mungkin untuk mengatakan DHPP ugut keluar PAS..rasanya Pengerusi dan Pimpinan tertinggi perlu diberi penerangan lengkap apa itu HUDUD dan siapa yang bakal kena dan isu HUDUD tidak kena mengena dengan bukan Islam...yang ini perlu diterangkan disemua peringkat..selepa diterang lengkap masih lagi nak buat kacau ..lantak kat depale..!
Hu nafi ugut bawa DHPP tinggalkan PAS

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw menafikan berita yang mendakwa sayap itu enggan menyokong parti itu jika hukum hudud dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau juga menafikan membuat ancaman untuk meninggalkan PAS seperti yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini.

pas forum 170609 hu pang chaw 02"Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapur," kata Hu (kanan) yang dipetik oleh Harakahdaily, hari ini.

Sinar Harian hari ini menyiarkan di halaman utama dengan laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan meninggalkan PAS jika hukum hudud dilaksanakan.

“Saya bukan nak cabar parti. Kalau saya tak suka pada Pas, saya sudah lama keluar dan tubuh parti baru. Saya juga bukan tolak hudud tetapi saya mahu kepimpinan Pas beri perhatian kepada perkara-perkara lain sebelum fikir nak laksanakan hudud,” katanya.

Hu juga dipetik berkata, beliau sudah menjelajah ke banyak negeri dan rata-rata penyokong pembangkang yang bukan Islam bertegas menolak hudud.

“Jadi PAS tidak boleh buat main-main dengan perkara ini. Selama ini, orang bukan Islam sokong PAS kerana sangka parti ini adalah yang terbaik, serasi dengan mereka. Tiba-tiba mahu buat hudud pula. Ini yang mereka tak boleh terima,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails