Tembak sampai nak mampus pun takpe...habis dipuji seluruh Media dan sang Penguasa...tapi nak laksanakan 'HUDUD"tidak....apahallak..?koorang bioool sangat kenapa..?
Warga emas tembak perompak
IPOH – Seorang ahli perniagaan berumur 91 tahun semalam membuktikan usia bukan penghalang apabila dapat menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya selepas berjaya menembak seorang perompak dalam kejadian di Jalan Raja Di Hilir di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila warga emas tersebut melepaskan tembakan menggunakan pump gun sebaik menyedari kehadiran suspek di dalam banglonya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik ditembak di badannya, penjenayah lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri tetapi gagal apabila tertiarap di bahu jalan tidak jauh dari banglo terbabit.
Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi mangsa.
“Siasatan di dalam banglo terbabit mendapati ia berselerak dan beberapa kesan tompokan darah dan satu kelongsong senapang ditemui. Bagaimanapun, tiada barang mangsa yang hilang.
“Polis juga menjumpai sebilah parang dipercayai milik suspek. Selain mangsa, isterinya yang berusia 84 tahun, seorang anak lelaki berusia 70 tahun yang merupakan orang kelainan upaya dan tiga pembantu rumah berada di dalam banglo,” katanya kepada Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment