9/04/10...Kg Kurnia jaya..Parlimen bukit Gantang...sebanyak 3 buah rumah yang hampir siap dirobohkan oleh PDT.LMS semalam 08/04/10.
Alasan dirobohkan..macam-macam kata salah seorang penduduk kg tersebut yang enggan dikenali.
Pegawai PDT datang..memberitahu hendak roboh-rumah tersebut,bila kita tanya apa sebab nak dirobohkan,ada yang kata tanah telah dimiliki oleh org lain,ada pegawai kata arahan K`jaan Pakatan Rakyat.
Apa depa ingat kami ini bodoh ke..kebanyakkan tuan rumah yang dirobohkan itu adalah Ahli Umno dan kami pun tahu kerajaan Perak sekarang dibawah BN UMNO..boleh dia kata arahan k`jaan PR..kalau macam ini perangai pegawai-pegawai k`jaan Neg lagi baik kami sokong PR,tambah beliau.
Pegawai tersebut juga mengatakan adalah lagi sebanyak 11 buah rumah yang akan dirobohkan atas alasan yang sama juga.
Dimiliki-dimiliki..siapa dia tuan baru itu, kami pun nak tengok juga?kami yang telah duduk sejak 3 generasi yang lepas,kecewa ..permohonan telah dimajukan,naikturun pejabat PDT telah berkali-kali.akhirnya wang ringgit dan penat lelah kami menyembah bumi angkara perbuatan tak bertanggung jawab pihak-pihak tertentu.
Ketua Kampung baru merangkap ketua cawangan Umno..lepas tangan aje..kata dia takde kuasa..kalau macam ini lagi baik bubar saja cawangan UMNO dan lepas jawatan KK..elaun tak miss,tanggung jawab kepada penduduk diabaikan.
*inilah kerenah dimana-mana kampung dan negeri yang diperentah UMNO BN...
menyembah bumi...
No comments:
Post a Comment