BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, April 8, 2010

MENTERI DIBUNUH....FUYYOOOH..


kalau dah terlalu zalim..inilah akibatnya...rakyat pun ada had kesabaraan....

BISHKEK - Keadaan di Kyrgyzstan semalam tegang apabila sekumpulan penunjuk perasaan membunuh Menteri Dalam Negeri, Moldomus Kongantiyev yang diserang dalam satu rusuhan di Talas, barat laut negara itu.

Turut menjadi mangsa ialah Timbalan Perdana Menteri, Akylbek Zhaparov yang ditawan sebagai tebusan sejurus selepas Perdana Menteri, Daniyar Usenov mengisytiharkan darurat di seluruh negara, lapor agensi berita Kabar Kyrgyz.

Ketegangan bermula setelah polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang cuba merempuh pintu pagar untuk memasuki ibu pejabat Presiden Kurmanbek Bakiyev di sini.

Penunjuk perasaan bertindak ganas dengan menggempur stesen televisyen kebangsaan dan memaksa semua rancangan digantung dalam satu percubaan dramatik untuk menunjukkan pihak kerajaan mula kehilangan kawalan.

Rusuhan itu berlaku ekoran protes oleh pihak pembangkang yang mendakwa pemerintah melakukan pelanggaran hak asasi, silap menguruskan ekonomi dan mengamalkan autokrasi

Polis turut menangkap bekas perdana menteri, Almazbek Atambayev dan bekas speaker Parlimen, Omurbek Tekebayev dan pembantunya, Bolot Cherniazov ekoran kekacauan itu. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails