BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, February 22, 2011

Bapa Mahir kerajaan Langit..anak diharap mahir kerajaan Bumi..

Tahniah buat Mohd Khairul Adhar Arifin,..menjadi pelajar cemerlang...teruskan usaha adik sehingga berjaya ...

Anak keempat Ayah Pin antara pelajar cemerlang STPM

February 22, 2011
Pelajar terbaik STPM dari Sekolah SMK Bukit Payong, Hulu Besut, Terengganu, Mohd Khairul Adhar Ariffin, menunjukkan slip keputusan peperiksaan yang diterima semalam. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Anak Arifin Mohamad atau “Ayah Pin” adalah antara 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Terengganu.

Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan Sastera.

Anak keempat daripada enam adik-beradik itu tidak menjadikan kontroversi yang berkisar mengenai ayahnya sebagai halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

“Apa yang berlaku ke atas ayah saya, saya tidak ambil kisah dan ia tidak mengganggu pelajaran saya. Sudah enam tahun saya tidak jumpa ayah dan ibu yang banyak memberikan saya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai

kejayaan supaya dapat mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di sekolahnya hari ini.

Dipetik Bernama, Mohd Khairul Adhar memperuntukkan masa selama lima jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain menyertai diskusi kumpulan dengan rakan sekelas.

Dengan pencapaian yang cemerlang itu, Mohd Khairul menyimpan hasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kecacatan penglihatan yang dialami sejak berumur sembilan tahun tidak menghalang Muhamad Nadhir Abdul Nasir untuk meraih keputusan 3A 1B dalam peperiksaaan STPM.

“Ayah Pin” didakwa sebagai ketua ajaran 'Kerajaan Langit' tetapi telah hilang sejak 2005. Beberapa laporan sebelum ini menyebut dia dilihat berada di Rantau Panjang tahun lalu.

Dia gagal dikesan selepas markas kumpulannya di Hulu Besut diserbu oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan sejak itu, beberapa dakwaan mengatakan dia pernah dilihat di Lembah Klang, Tumpat selain dikatakan pernah pulang ke Hulu Besut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails