BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, February 22, 2011

ha ha ha bila Perkasa dah naik minyak diotak..

ooooi perkasa..melayu apa yang koorang nak juang..melayu isi Poket ke..eloknya jemput aje si mahdey Pelupa itu ..

Perkasa pelawa Tun M - Nik Aziz


IPOH - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Negeri mempelawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Perhimpunan Melayu Perkasa di Pasir Salak Sabtu ini kalau pemimpin itu benar-benar mengutamakan orang Melayu.

Yang Dipertuanya, Ahmad Zaini Ismail berkata, pihaknya sudah pun menghantar surat melalui Dewan Pemuda Pas Negeri bagi menjemput kepemimpinan Pas menyertainya.

“Bukan sahaja Nik Aziz yang kita jemput, kita turut mengalu-alukan mana-mana pemimpin Pas Pusat dan Negeri untuk bersama-sama dengan kita pada perhimpunan itu nanti.

“Kita nak lihat sama ada mereka benar-benar ikhlas atau tidak membela nasib Melayu seperti mana yang diperkatakan sebelum ini. Jika Nik Aziz datang, kita akan letak beliau di atas pentas utama,” katanya pada sidang media mengenai perhimpunan serta pelepasan konvoi mempromosi perhimpunan berkenaan ke seluruh pelusuk Perak di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan satu akhbar berbahasa Melayu, kelmarin, yang melaporkan bahawa, Nik Aziz mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan.

Ditanya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu, Ahmad Zaini berkata, penganjurannya bertujuan untuk membangkitkan semangat orang Melayu yang semakin lesu dalam memperjuangkan hak mereka.

Beliau berkata, walaupun ada pihak tertentu termasuk parti-parti politik yang kononnya memperjuangkan hak asasi tetapi pada masa yang sama mereka mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, pada perhimpunan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan ucapan.

Beliau berkata, seramai 10,000 orang dijangka hadir bagi mengembalikan semangat orang-orang Melayu untuk mempertahankan hak mereka.

“Kita bukan mahu berperang atau memberontak kepada sesiapa tetapi tindakan ini adalah untuk mempertahankan hak dan keistimewaan Melayu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails