BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, February 14, 2011

Dunia semakin gilorrr..

ada.juga kelainan sikit dari pada tindakan si menantu balun dia untuk dapatkan anak buat isterinya..aduh aduh aduh..siapa yang giler atau aku yang dah giler ..bila memikirkan kejadian kejadian seperti ini..

Ibu tumpang lahir cucu lelaki


KRISTINE CASEY yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya (kiri) melihat cucu lelaki yang dilahirkannya di sebuah hospital di Chicago pada Rabu lalu.


CHICAGO, Amerika Syarikat - Seorang wanita berusia 61 tahun, Kristine Casey yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya berjaya melahirkan seorang cucu lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Kristine melahirkan anak untuk anak perempuannya itu menerusi pembedahan di sebuah hospital di sini pada Rabu lalu.

Dia bersetuju menjadi ibu tumpang selepas anak perempuannya yang kini berumur 35 tahun tidak dapat melahirkan anak selepas dia mengalami keguguran.

Menurut Dr. Susan Gerber, pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut tidak rumit.

Kelahiran bayi itu disambut dengan gembira oleh semua anggota keluarga termasuk Kristine. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails