BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, February 17, 2011

Yang sedihnya..Kopiah jadi alat mainan..

bila ada saja kes...seumpama ini..datang mahkamah pun pakai Kopiah Putih...keluar g pekan pun Kopiah Putih kenapa sebelum ini tak kenal kopiah..is is ginilah lagak ramai Puak Puak ini..bila disabit kesalahan//kes rogol ,dadah dan macam-macam lagi datang mahkamah pakai Kopiah..kenapa..?nak bagi nampak alim atau Kopiah dijadikan imej puak puak radikal...?atau memang pihak bertanggung jawab minta pesalah pesalah sedemikian untuk berkopiah..untuk membawa Imej radikal............?

Kes Aminulrasyid: Nasib Koperal Jenain diputus 28 Feb

TERKINI @ 04:10:57 PM 17-02-2011
February 17, 2011

SHAH ALAM, 17 Feb — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 28 Februari ini untuk memutuskan sama ada anggota polis, Koperal Jenain Subi dibebaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.

Seramai 39 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Oktober tahun lepas.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.

Terdahulu, mahkamah dipenuhi anggota keluarga Aminulrasyid termasuk ibu, abang, adik perempuan dan dua kakak mangsa yang hadir untuk mengetahui keputusan kes itu.

Kira-kira 10 rakan mangsa termasuk Muhammad Azamuddin Omar yang turut berada dalam kereta dipandu Aminulrasyid semasa kejadian juga hadir ke mahkamah tetapi mereka tidak dibenarkan masuk berikutan galeri awam telah penuh.

Jenain yang hadir memakai kemeja lengan pendek dan berkopiah putih turut ditemani anggota keluarganya. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails