BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, February 17, 2011

Kalau BN sebagai Pembangkang Boleh di PP..PR sebagai Pembangkang dilainlain negeri mesti Boleh kan..?

ini yang musyikl...BN yang tak sedar diri sebagai Pembangkang..boleh menguasai Pusat Komuniti atau Dewan Orang Ramai di Pulau Pinag..sooooo PR sebagai Pembangkang dinegeri Bn dah tentu juga boleh menguasai DOR..ini lain pulak....PR dinafikan hak kenapa..mangkuk BN sebagai Pembangkang apa yang istimewanya..?ada undang-undang BN dan ada Undang-undang PR ke..?

ADUN Pulau Pinang Dapat Kebenaran Buat Semakan Kehakiman Bagi Batal Arahan Kosong Premis

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan kehakiman bagi membatalkan arahan supaya beliau mengosongkan premis Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga iaitu kawasan yang diwakilinya.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu selepas menemui pihak-pihak terbabit iaitu Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Mohd Zaharudeen Harun yang mewakili Azhar dan peguam kanan persekutuan Haryati Ahmad, dalam kamarnya pada Khamis.

Rohana juga membenarkan permohonan Azhar' 65, yang mahu arahan itu digantung sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai diputuskan oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk mendengar semakan itu.

Azhar, daripada Barisan Nasional (BN, memfailkan permohonan itu pada Disember tahun lepas melalui Tetuan Jahaberdeen & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini, dengan menamakan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden.

Dalam permohonannya itu Azhar juga memohon satu pengisytiharan daripada mahkamah bahawa arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara melalui surat bertarikh 8 Nov tahun lepas mengarahkan beliau mengosongkan premis Pusat Komuniti itu pada atau sebelum 19 Nov lepas adalah tidak sah dan tidak berkuatkuasa.

Azhar juga mahu arahan itu digantung sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berkata Pusat Komuniti itu yang mula beroperasi sekitar tahun 2006 pada masa pemerintahan kerajaan negeri BN dibina khas untuk pelbagai aktiviti melibatkan kepentingan dan kebajikan penduduk di Penaga.

Azhar berkata sejak pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan negeri kepada DAP, operasi Pusat Komuniti itu berjalan seperti biasa sehinggalah pada 18 Nov lepas, setelah arahan penyerahan kunci dibuat oleh Pegawai Daerah berkenaan.

Menurut wakil rakyat itu, beliau telah menghantar surat pada 16 Nov kepada Pegawai Daerah meminta supaya menyemak semula arahannya itu tetapi sehingga kini Pegawai Daerah dan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak memberikan sebarang jawapan.

Azhar berkata beliau belum menyerahkan kunci premis Pusat Komuniti itu kepada Pegawai Daerah dengan harapan supaya mereka mempertimbangkan permohonannya untuk menyemak semula arahan itu.

Beliau mendakwa arahan itu bermotifkan politik semata-mata.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails