BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, February 6, 2011

Deyyy Mamat Gaps..apa cerita dengan 20 Penderhaka..

deyyy mamat dzun..apa cerita dengan 20 penderhaka..mana dia orang ..nyorok dalam seluar JIB atau dalam Kelambu Biggg....yang hang tak nampak 20 penderhaka yang sebenar apa hal..Penderhaka yang enggan sokong Kuasa Sultan dikembalikkan..dah lupa...

Tindakan kerajaan Selangor membiayai kos perundangan ADUN Seri Muda Muda Shuhaimi Shafiei - yang akan dihadapkan ke mahkamah esok ekoran tulisan berkaitan Sultan Selangor - disifatkan sebagai "pembaziran dan penyelewengan wang rakyat".

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin mendakwa, perkara itu tentunya satu lagi "salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

NONE"Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang di mahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.

"Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya," kata Hamidzun (kiri).

Kelmarin, kerajaan negeri negeri dilaporkan tidak akan membiarkan Shuhaimi berseorangan menghadapi tuduhan itu dan akan membantu membiayai kos perundangan untuk "menyokong usahanya menegakkan keadilan".

Dalam satu kenyataan hari ini, Hamidzun mendakwa, rakyat berpandangan pembiayaan itu juga adalah bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid bersubahat menderhaka kepada Sultan Selangor dengan "bersekongkol" bersama Shuhaimi yang disifatkannya sebagai "ADUN derhaka".

Semalam, Shuhaimi memberitahu Malaysiakini, beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin (esok) berhubung tulisan dalam blognya Disember lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Katanya, beliau tidak pasti bentuk dakwaan terhadapnya tetapi dimaklumkan ia mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails