BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, February 17, 2011

Macam_macam di1malaysia....dulu injin jet hilang...


ini bukan puting..sarung Peliar...hi hi

semakin maju semakin keliru Rakyat 1 Malaysia..dulu-dulu..injin Jet Hilang...duit Hilang..yang terbaru...sarung Peliar pun hilang..ha ha ha ha....entah entah utk kegunaan diMerlimau dan Kerdau kut...kena Tanya geng-geng Puteri bertudung pink..

Kondom hilang: Tiga pekerja kilang, sindiket antarabangsa ditahan

February 17, 2011

IPOH, 17 Feb – Polis menahan tiga pekerja kilang yang dipercayai anggota sindiket antarabangsa berhubung kes kecurian lebih 700,000 kondom bernilai kira-kira RM850,000 dari sebuah kontena ke Tokyo, Jepun, bulan lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahlan berkata ketiga-tiga lelaki berusia 29 hingga 30 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang kondom di Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, ditahan semalam di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Klang dan di lebuh raya utara-selatan.

Ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini dan hasil maklumat yang diperolehi, polis yakin dapat menahan beberapa lagi suspek dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya kes itu didalangi sindiket yang mempunyai rangkaian di luar negara.

Kontena yang berisi bahan kelengkapan seks itu yang dihantar dari Pelabuhran Klang ke Tokyo pada 6 Januari lalu didapati hilang setibanya di Tokyo pada 25 Januari lalu.

Kondom itu dihasilkan di dua buah kilang iaitu Sagami Manufacturers Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah dan Kawasan Perindustrian Jelapang di sini.

Shukri berkata dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan kondom itu iaitu di Balai Polis Pusing, Batu Gajah pada 25 Januari manakala satu lagi di Balai Polis Ipoh sehari kemudian.

“Berdasarkan laporan itu, lori kontena tersebut keluar dari kilang di Batu Gajah pada 6 Januari dan singgah di kilang di Jelapang sebelum ke Pelabuhan Klang, Selangor dan kontena itu disimpan selama beberapa hari sebelum dihantar ke Jepun,” katanya. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails