BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, February 13, 2011

Tak kira siapa anda..ancam menanti diluar sana..Kenapa..?dimana Pihak berkuasa.dll

kenapa semakin hari semakin terancam kehidupan harian rakyat malaysia..soal keselamatan..sudah tidak selamat lagi tak kira dimana anda berada..kenapa..?dimana pihak berkuasa dan kenapa tindakan pihak berkuasa semakin lembab kecuali dalam soal libatkan pimpinan UMNO atau ceramah dan aktiviti PR..yang ini polis terlalu sibuk hingga keselamatan rakyat terabai..!

kena ragut RM8,000

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Norlia Ghani berputih mata selepas beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sejurus dia keluar dari sebuah bank di pusat beli-belah Ampang Park di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Norlia, 63, mengeluarkan wang berjumlah RM8,000 dari bank tersebut dan menyimpannya di dalam sampul surat yang kemudian dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Menurutnya, wang berkenaan adalah pendahuluan yang diterima daripada sebuah syarikat produksi tempatan bagi penggambaran sebuah drama bersiri.

Katanya, ketika berjalan di luar pusat beli-belah itu, dia telah dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang tiba-tiba menarik beg tangannya menyebabkan dia terjatuh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails