BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, February 23, 2011

setakat Pegawal Keselamatan aje..atau Guard..pun naik tocang..gara-gara UMNOBN..

Pertembungan fizikal berdarah di UPM

| Feb 23, 2011 05:54:52 pm


Pertikaian keputusan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) untuk membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa berakhir dengan pertembungan fizikal berdarah. Kejadian ini berlaku apabila pintu kaca pejabat TNC pecah dirempuh, dan pegawai keselamatan mula mengasari mahasiswa yang enggan beredar untuk menuntut penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor, Fauzi Ramlan.

Ratusan siswa-siswi berkumpul di depan pejabat TNC pada jam 8.30 pagi hari ini, untuk membantah keputusan BHEP UPM membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa, semalam. Walaupun pihak BHEP akhirnya berganjak dengan menarik balik pembatalan tersebut pada tengah hari, tetapi siswa-siswi tetap enggan beredar dari situ untuk menuntut penjelasan.

Pada kira-kira jam 3.30 petang, pegawai keselamatan yang menghalang di depan siswa menggesa agar siswa beredar dari situ, namun siswa sebaliknya melangkah ke depan, sambil melaungkan slogan. Akhirnya, pintu kaca BHEP pecah dirempuh.

Serpihan kaca ini dipercayai menyebabkan darah kelihatan di lantai, kedua-dua pihak siswa dan pegawai keselamatan turut mengalami kecederaan. Beberapa orang pegawai keselamatan dikatakan menyerbu ke arah siswa dan kekasaran berlaku selepas pintu kaca pecah. Sebelumnya, seorang siswa bernama Lokman ditumbuk oleh pegawai keselamatan pada bahagian muka.

Pada jam 10.30 semalam, kesemua calon pro-Mahasiswa menerima panggilan daripada Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, dan diminta untuk mengambil sepucuk "surat bantahan" di BHEP. Sebagaimana yang diketahui, "surat bantahan" ini diserahkan oleh seorang siswa UPM, yang menuntut agar kemenangan calon pro-Mahasiswa dibatalkan, dan pihak UPM bersetuju dengan cadangan itu.

Hanya seorang calon pro-Mahasiswa yang mengambil surat tersebut daripada BHEP, dan beliau diminta untuk dibatalkan kelayakannya kerana bertanding atas nama "pro-Mahasiswa".

Ratusan siswa-siswi berkumpul dan mengepung pejabat TNC pada pagi ini, dengan kain rentang yang mengecam "BHEP Zalim", "Demokrasi Mati" dan sebagainya. TNC Fauzi Ramlan pada asalnya bersetuju untuk menarik balik surat tersebut, tetapi mengubah fikiran kemudiannya. Siswa-siswi yang marah akhirnya cuba menempuh ke dalam pejabat TNC, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau di luar negeri mampus bangunan TNC kena bakar. Kira student Malaysia ni baiklah tu sebab tak buat semua ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails