Tidak dapat MyKad sehingga akhir hayat
28/02/2011 12:34pm
BANDAR BAHARU 28 Feb. - Seorang lelaki berumur 83 tahun meninggal dunia ketika sedang berurusan untuk memohon MyKad di Pejabat Pendaftaran Daerah Bandar Baru, Serdang pada hari pertama Kempen Mydaftar Nasional pada 19 Februari lalu.
Kempen tersebut bertujuan untuk membantu masyarakat India memiliki MyKad yang dilancarkan di peringkat nasional.
M. Munusamy dikatakan tiba-tiba meninggal dunia ketika kakitangan pejabat itu sedang berurusan mendapatkan maklumat tentang dirinya.
"Dia meninggal ketika duduk di atas sebuah kerusi kira-kira pukul 2.10 petang,” kata Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah, A. Manivil. - Bernama
sumber utusan meloyaaaa..
No comments:
Post a Comment