BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, February 16, 2011

Bukan setakat bukti Terbaru..banyak bukti..kes mengarut...

Tapi soalnya kenapa Peguam Negara berkeras sangat nak teruskan juga kes ini ,walau pun ramai dan juga banyak negara-negara luar mengetahui yang kes Liwat adalah sandiwara UMNOBN..?kenapa AG berkeras juga..jangan -jangan mampus esok peliarnya keras..buat malu kaum keluarga woooi ag..Ingat mati Ingat mati..semua akan mati...sooo jangan sampai Kaum keluarga tak tertanggung malu angkara perbuatan semasa Hidup..

Ekoran bukti baru, Anwar mahu tuduhan liwat digugur

February 16, 2011
Anwar
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Sehubungan itu kata beliau, di bawah kanun prosedur jenayah, hanya Peguam Negara yang boleh menarik balik tuduhan terhadapnya.

“Saya meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan negara dimalukan lagi.

“Dalam soal pendakwaan, kita ada versi yang berbeza mengenai isu-isu asas dalam perbicaraan ini,” kata Karpal kepada pemberita.

Anwar pula berkata bukti baru itu menunjukkan pendakwaan ke atasnya adalah sesuatu yang “remeh-temeh dan tidak berasas.”

“Ini satu pendakwaan... mengapa Peguam Negara mahu meneruskan dan berkeras dengan tuduhan yang bermotifkan politik?” kata Anwar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails