BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, February 8, 2011

Polis memang dah cukup..tapi sibuk kot lain..

bagi saja kelulusan senang..nanti orang takle nak tuduh PDRM gagal...dah ada Polis Selangor boleh jaga keselamatan ..PDRM lagi cekap jaga UMNOBN..kan senang gitu..
PAYAH-PAYAH NANTI ADA POLIS GABAN lagi kacauu..
S'gor mohon tubuh polis bantuan lagi

Setelah permohonann sebelum ini gagal mendapat sebarang maklum balas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menghantar sepucuk lagi surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta agar permohonan mereka untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dipertimbang.

Menurut menteri besar, surat itu menyatakan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat.

NONE“Saya menulis kepada menteri dalam negeri supaya hasrat kerajaan Selangor untuk menubuhkan pasukan polis bantuan menjadi kenyataan.

"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat,” kata Khalid.

Menurut Khalid, surat permohonan pertama dihantar pada Julai 2009.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga pernah memohon untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dengan menjadikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.

Bagaimanapun, tambah Khalid, kes terbaru yang mana dua pegawal keselamatan ditetak di Damansara Perdana serta wanita hamil yang ditampar dan dirompak jelas membuktikan perlunya ada pasukan keselamatan tambahan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails