BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, February 13, 2011

Tidak seselamat..PERKASA,PERWAJA DAN PERKASAM...anytime anywhre..free..

Polis tahan anggota konvoi anti-rasis HRP
Polis menahan sebelas anggota HRP di Perak dan Selangor dalam tindakan terhadap konvoi yang mempromosi perhimpunan anti-rasis yang bakal diadakan.

Enam ditahan di balai polis Jelapang, Ipoh manakala lima lagi ditahan dekat Jalan Templer di Selangor, ketika polis mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang konvoi tersebut.

hindraf feb 27 march against interlok 030211 posterMenurut para saksi, kamera milik seorang anggota konvoi di Selangor
turut dirampas dan dipukul di muka, manakala polis juga didakwa 'amat kasar' terhadap anggota HRP di Perak.

Seorang saksi, ketika dihubungi mendakwa, anggota polis menunjuk penumbuk dan mengancam untuk memukul (anggota HRP).

Menurutnya, anggota HRP yang lain pula tidak dibenar masuk ke balai polis Jelapang dan mereka juga tidak diberitahu mengapa enam orang tersebut - iaitu ketua HRP Perak, P Ramesh; timbalannya, N Subramaniam dan empat lagi anggota HRP Perak - ditahan.

Konvoi yang sama turut diadakan di Johor, Negri Sembilan dan Kedah.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas - yang sempat dihubungi sejurus sebelum dia ditahan bersama ketua HRP SElangor, K Selvam dan tiga orang lain - polis juga mengadakan sekatan jalan raya di Rawang.

"Mereka hanya memberhentikan kereta kami, bukan pengguna jalan yang lain. Kami buat protes kecil dan mereka membenarkan kami lalu.

"Kami mempunyai hak untuk menggunakan jalan. Mereka hanya boleh memeriksa cukai jalan dan lesen pemandu kami," kata Jayathas, yang kini ditahan di balai polis daerah Selayang.Kira-kira jam 3 petang, aktivis HRP yang menyertai konvoi tiga buah kereta ditahan polis sejurus selepas keluar dari kenderaan mereka di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Penangkapan di Kuala Lumpur itu menjadi jumlahnya meningkat kepada 25 orang, walaupun terdapat laporan yang belum disahkan bahawa jumlah mereka yang ditahan adalah hampir 70 orang, termasuk mereka yang dikatakan ditahan di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor.

Ini termasuk kira-kira 30 orang yang dikatakan telah ditahan di Seremban dan dibawa ke balai polis daerah di sana.

Semalam, HRP menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan polis itu selepas polis Perak memberi amaran kepada mereka supaya jangan meneruskan konvoi tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails