BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, February 14, 2011

PRK..perbelanjaan 10juta apa kejadahnya..?

kenapa perlu ada banyak sangat pembaziran..itu tak kira lagi projek sakit projek mee segera..kalau campur semua mungkin dah lebih 100juta..
ini komen pasal perbelanjaan ini adale nak spin..sikepala SPR.....hi hi hi
PRK telan belanja hampir RM10 juta



SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanjakan hampir RM10 juta untuk mengadakan 15 Pilihan Raya Kecil (PRK) bermula di Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah keseluruhannya RM9,6210.92 digunakan untuk menampung semua perbelanjaan dalam setiap PRK.

“Angka berkenaan merangkumi perbelanjaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang hingga Merlimau, Melaka. Tanpa PRK, wang itu boleh digunakan untuk perkara lain yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat negara ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, menjelang pilihan raya banyak aktiviti yang dilakukan oleh SPR untuk mempersiapkan proses pengundian.

Mengulas persoalan mengenai adakah PRK serentak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, di Melaka, beliau belum menerima surat daripada Speaker DUN Pahang untuk mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails