BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, February 14, 2011

Haru dibuatnya..

lebih hebat dari kelinik 1malaysia..boleh merawat masaalah tanah.longkang,banjir dan macam-macam masaalah...Rakyat jgn tertipu dengan klinik ini g nak dapatkan rawatan kencing manis,darah tinggi atau sakit badan..mampu dikerjakan doktor yang menjaganya..ha ha ha

Rakyat rasa selesa kemukakan masalah


KAMUNTING - Klinik Dr Zambry yang dibuka sempena program turun padang Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kamunting memberi keselesaan kepada penduduk untuk mengemukakan sebarang masalah kepada pemimpin tertinggi negeri.

Zambry berkata, pembukaan klinik itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk apabila dalam masa dua jam 30 minit, seramai 120 penduduk tidak melepaskan peluang bersemuka dengan beliau kerana ingin mengemukakan pelbagai masalah.

Menurutnya, penduduk amat selesa dengan pendekatan ini memandangkan mereka lebih mudah untuk berjumpa dengan pemimpin.

"Antara masalah yang dinyatakan penduduk, kedudukan tanah yang belum diproses dan ingin mendapat maklum balas.

"Ada juga penduduk yang datang dalam kalangan� wanita yang baru sahaja menjadi ibu tunggal selain ingin mengetahui mengenai bantuan yang boleh mereka terima,” katanya kepada Sinar Harian.

Zambry berkata, masalah lain mengenai parit, saliran, banjir dan lain-lain juga dinyatakan kepada pihaknya.

"Dengan adanya klinik ini, mereka juga dapat berinteraksi dengan Exco, ketua-ketua jabatan seterusnya mendapat respons secara terus.

"Semua masalah boleh diselesaikan sama ada cepat, lambat atau perlu disemak semula laporan yang diberikan," katanya.

Katanya, kebanyakan masalah yang dikemukakan adalah masalah yang biasa diterima bagaimanapun mereka menerima satu masalah baru mengenai batu tanda.

"Selalunya rakyat perlu mencari pemimpin, tetapi kini pemimpin akan turun padang menemui rakyat,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails